Jom Shopping!

29 December 2010

Duhai Hati....


Kadang2 hati ini mengeluh,
mengeluh dgn Ujian & Dugaan yg dtg...
Kadang2 hati ini terasa Pedih & Rapuh,
kerana zahir ku ini tak lagi mampu bertahan...

Aku cuba mencari dimana silapnya..
Kusut..
tak tahu dari mana utk aku dptkn jawapannya..
  dan saat itulah keluhan dilepaskan..

Aku pernah bahagia,
Aku pernah terluka,

Mengapa saat aku merasa kebahagiaan
kedukaan itu sering mengekori..?

Ya Allah,
Tabahkan lah hati hambaMu ini...
Berilah aku kekuatan utk menghadapi segala ujianMu
Ya Allah,
Kurniakan lah aku kesabaran & kecekalan hati
dalam mengharungi perjalanan hidup ini

Duhai Hati...
Yakinlah bahawa Allah itu Maha mengetahui,
Yakinlah bahawa setiap perkara yg terjadi
pasti ada HikmahNya yg tersembunyi...

Bersabarlah Duhai Hati... 


26 December 2010

R.I.N.D.U datang lagi....


Haish...
Tibe2 plk rase mcm R.I.N.D.U bangat sama si Dia
Buat ape si Dia agaknye skrg eh?
Mesej tak balas...
Diam aje...tido dah kot...

Bese la bile dah jauh...
mestila ada rasa R.I.N.D.U 
agaknye si Dia R.I.N.D.U aku tak??
agaknye si Dia tido mimpi aku tak??

Aku tak bole tido...
asyik ingat si Dia...
...huhu...

Rase mcm lambat plk mase berlalu..
Tak sabar nak tunggu si Dia balik...


...Untuk si Dia...

Awak..awak..

Walaupun awk jauh dari pandangan mata
awk tetap dekat dihati saya...

Dulu..
Ada harinya saja yg buat saya rindu.. 
Sekarang..
Hari-hari saya rindu..
Dulu..
Tanpa awak di sisi pasti ada rindu datang menghampiri.. 
Sekarang..
walau awak ada dia di sisirindu itu tetap bertandang dan tidak mahu pergi..



24 December 2010

KEMALASAN yg TERAMAT....


Haishhh....!!!
Hari ni ari yg paling malas nk bekerja...
huhu...

Tp mmg betul la...
xde mood nak buat keje...
mengantuk ya amat...

Pg td dah lewat bangun...
Masuk opis pn dah lambat...
hahaha...
tp xpe, sb arini ramai cuti...
boss pn xde...
Tp yg paling xsangka..
bukan aku sorg je lmbt....
mcm janji plk....
sampai opis, tgk ade lg yg lambat dr aku....
huhuhu...
kire OK lg la aku kn...
sampai awl dr diorg yg lg lambat tu....hehe

Adusss...
Nak tunggu kul 5.30 lmbt lg...
Nak buat keje, xde mood....
Haishhhh...
Sib baik ade Laptop pinjam ni...
boleh jgk buang mase...
hahahahaha....
JAHAT!

Okla...bye2

20 December 2010

Thank You for L.O.V.I.N.G Me


From Him to Me...

"What every girl wants to hear"

"Saya kenal sayang saya"

Thank you for L.O.V.I.N.G me..
Thank you for showing me how a great relationship can be..
I'm really appreciate..

For all that is worth, i want you to know..
..that i will L.O.V.E you till the end of time..
Forever and Ever..

Again..
Thank you for L.O.V.I.N.G me..




09 December 2010

SEGALANYA UNTUKMU...


SEGALANYA UNTUK MU

Untuk siapa??
Aaa...entry kali nie bkn saje-saje...
Nak kongsi cerita dgn korang...(mcm ramai sgt je follower aku..huhu..)
Ni cerita Novel, bukan realiti....hahaha
Tp tak mustahil blh berlaku pd kite knnn...

Lame sgt aku tak bace Novel nih...
Alang2 tgh cuti semester ni...
Tak tau nak bace buku ape...
Tibe2 lak rase nak bace Novel balik cam dolu-dolu...huhu
Novel pilihan aku kali ni...
same cam tajuk entry nih (itu la tujuannyee..hehe)
SEGALANYA UNTUKMU
Menceritakan kisah kekeluargaan, Cinta, Benci dan Dendam...

Cerita ni mmg btl2 menyentuh Emosi dalaman aku...haha
Sedih...tp BEST!
(itu yg aku sukee...)

Nama & watak dlm cerita ni pn mmg BEST!
Fahem Ammar...Jehanna Aisya...
WoW!!
Jatuh Cinta dgn nama HERO & HEROIN diee...
Copp!...(bole letak name anak aku nnt...hOho..)

Okey...
Untuk korang yg masih mencari2 Novel ape yg nak dibace..
Aku mmg rekemen sgt SEGALANYA UNTUKMU nih...
Pada sape2 yg jiwang karat tu bole la sekali sekala layannn cite ni...
BEST! woOoo...
Tak rugi korang bace...
Ade sedikit kesedaran...
Mcmne cekalnya Hati seorang wanita menempuh Ujian & Dugaan Nya..
Aahh...Syahdu..
Korang bace...korang akan tau....

Meh kongsi dgn korang lagi...
Antara kata2 SEMANGAT yg ada dlm Novel ni...

"Selagi nafas belum sampai ke penghujung, jangan pernah berhenti berharap"

Aaa...BEST! knnn...

Jom tgk SINOPSIS ~ SEGALANYA UNTUKMU

JANGANKAN di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, 
cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?


24 November 2010

Doa Rabitah




23 November 2010

I'M PROUD OF YOU My Dear....



Alhamdulillah Syukur...
Doa kite di makbul kan...

Sy bangga dgn awk...
wlupun bkn CHAMPION...
but at least USAHA awk selama nie berbaloi...
dan sy tumpang gembira...
n mmg itu yg sy harapkan...hehe


Apa itu Cinta...Sayang...Suka...Minat..??



Sebenarnya CINTA, SAYANG, SUKA dan MINAT adalah perkara yang berbeza-beza. Kita sering meluahkan ungkapan itu kepada seseorang, tapi tahukah kamu apa maksud sebenar bagi keempat-empat perkataan tersebut.

CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya dan kita sebaik mungkin tidak mahu menyakitkan hatinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat.

SAYANG
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita.

SUKA
Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go-lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu.

MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti Brad Pitt, sudah pasti kita akan melihat gerak-gerinya. Sekiranya dia pandai melukis, apa sahaja yang dilukisnya pasti cantik belaka.

 

21 November 2010

Luv Both of You...Muuaahh...


 Cik Ammier & Aufa


Ada ciri bapak Mithali tak??
hehe...
i Likessssss....

Semoga si Dia menjadi bapak Mithali & Penyayang satu hari nnt...
huhu...

Luv both of U....

20 November 2010

Berkahwin kerana apa ???

Mari berkongsi ilmu...
Antara kandungan Email yg aku dapat, so aku kongsi dgn uols...
BERKAHWIN KERANA IBADAH
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku". 

Nabi S.A.W bersabda: 
"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.
 
2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.
 
3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.
 
4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihara farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."
 
    Hadis riwayat at-Thabrani
 
Oleh itu kita kena lihat booster pendorong kepada perkahwinan kita. Ini sangat penting terutama lelaki yang akan mengetuai keluarga. Ini bagi memastikan perkahwinan kita diterima disisi Allah swt.
 
 
JADILAH LELAKI YANG TERBAIK
 
Lelaki perlu lebih bersedia untuk bahtera perkahwinan lebih dari wanita. Lelaki perlu melayan sebaiknya kepada isteri seperti Rasulullah saw melayan para isterinya. Nabi saw bersabda:
 
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik adalah orang paling baik kepada isterinya, akulah orang yang paling baik kepada isterinya."
 
Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim

 
JANGAN JADI DAYUS
 
Jangan pula salah anggap bahawa lelaki yang baik ini lelaki yang mengikut semua kemahuan isteri sehingga membuat perkara yang dilarang. Begitu juga sanggup mempertahankan rumah tangga walaupun pasangan tersebut menyebabkan runtuhnya iman dan akhlaknya. Nabi S.A.W bersabda:
 
" 3 golongan yang tidak masuk syurga 1. Penderhaka ibu bapa 2. lelaki yang dayus 3. wanita yang menyerupai lelaki."
 
Hadis yang baik sanadnya seprti dinyatakan oleh pengarang kitab " safwatul ahkam."
 
Lelaki perlu mengajar perkara yang wajib kepada isterinya seperti ilmu akidah, solat, zakat, puasa, pernikahan, muamalat (jual beli Islam), pembersihan hati dan lain-lain. Kalau dia tidak mampu si lelaki wajib mengajak isterinya pergi kelas pengajian seumpama ini.
 
Bagi pendapat saya kelas muamalat jarang ada di malaysia kerana kuliah malam kebiasaannya adalah tajuk umum. Lebih kepada kelebihan dan dakwah. Ilmu yang lebih mendalam terutamanya muamalat adalah jarang diajar.

 
PASANGAN MUSUH
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوّاً لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 
" Hai orang-orang mu'min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
 
Surah al-Munafiqun ayat 14
 
Menurut sebab penurunan ayat ini di dalam hadis2 yang sahih adalah kerana lelaki2 yang berada di mekah hendak belajar ilmu Islam dari Rasulullah di madinah. Namun pasangan mereka yang merayu dan menghalang untuk belajar ilmu Islam.
 
Kemudian turun ayat ini. Sepatutnya perkahwinan menyebabkan bertambah rajin untuk menuntut ilmu, berama ibadah dan berkerja untuk Islam tetapi yang terjadi sebaliknya berlaku. Pasangan yang berkahwin hendaklah pastikan ke3 perkara tadi bertambah selepas perkahwinan iatu ilmu , amal dan kerja Islam.
 
Inilah keredaan tuhan dalam perkahwinan. Hanya Salah satu dr tadi bertambah juga tidak memadai kerana 3 perkara ini adalah saling melengkapi. Setakat seronok , happy, bg makan, hubungan kelamin , rumah , perlindungan diri dan lain2 binatang pun boleh bagi. Oleh itu pilih la pasangan elok2 samada lelaki atau perempuan.
 

Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga




Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya         kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak 
  menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau 
  membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa   
  arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal 
  rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik 
  dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

* Pssst....Klu korg nak tau aku anak yg ke 3...hahaha...aku adalah API yg membakar korang sume...hehe

Mengenal Kelemahan Lelaki - Oleh Dr.HM.Tuah



Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa. (Hehe...ini aku yg ketawa)

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkan nya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
(hehe...nie aku yg ketawa lg...KESIAN....)

I wANT tHIs.........


cRAZY........cRAZY........
I wANt tHIsSSSsss.....!!!




BiLE bOLeH DaPAT nIEEeee.....????


11 November 2010

MAAFKAN SAYA ...


Awk
saye mintak maaf..
 saye mungkin dah melukakan hati awk..
Tapi percayelah..
bukan niat saye nak sakiti awk..

Awk,
awk nampak saye berubah ke?
tak la awk..
saye tak berubah..
saye masih same mcm yg awk kenal dulu...
cume mungkin saye jadi agak pediam...
mungkin sebab saye byk berfikir..

Entahlah..
saye sendiri pun tak tau ape yg saye fikir..

Awk,
awk tetap sahabat saye..
awk tetap menjadi org yg penting dalam hidup saye..
awk masih kekal di hati saye..
InsyaAllah...
sampai bile-bile..

Awk,
maaf atas kekhilafan saye..
maaf jika saye terlanjur berkata-kata...

Awk,
MAAFKAN SAYE...

Duhai H.A.T.I




Im trying to be happy
happy as others even my inside were dying
Oh!
its hurt
really hurt...


My every hope seems to die
My eyes had no more tears to cry

Tenanglah duhai hati...
Everything will be better
InsyaAllah...

"Ujian itu tarbiah Allah. bersyukurlah jika kita diuji..."


10 November 2010

SELAMAT TINGGAL IMPIAN


Akan ku korban kan impianku kerana mu....
Akan ku kuburkan impianku kerana mu....
Segalanya ku lakukn kerana mu....

SELAMAT TINGGAL IMPIAN ...


08 November 2010

Jangan kau pergi - Erry Putra , Reen & Shajiry

Erry Putra, Reen & Shajiry - Jangan Kau Pergi

Tak pernah ku rasa begini
Ku menyintaimu sepenuh hatiku
Ternyata hanyalah dirimu
Yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
Supaya kita terus bersama

Janganlah kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu inginmu selalu
Temani jalan hidupku

Ternyata hanyalah dirimu
Yang amat ku rindu ku rindu selalu
Ku inginkan selalu terhentinya waktu
Supaya kita terus bersama

Janganlah kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu inginmu selalu
Temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri jauh

Jangan lah kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri jauh darimu
Ku perlukan kamu inginmu selalu
Temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi



SAYE JATUH CINTA DGN LAGU INI........

06 November 2010

BAD or GOOD..?


Hurmmm...
What a bad day...

Tak tau la ape yg xkena...
Serba serbi salah...
Dari semalam lagi...

Hati ni rasa mcm kena hiris2...
Tak tau nak bersabar mcmne lagi...
Air mata pn dah nak kering...
Itulah P.E.R.E.M.P.U.A.N...
Mode skrg: SEDIH...sob..sob..


Okla..sb xnk keadaan bertambah buruk...
Baik kite selesaikn...
Tp biase la aku...keras hati...
bukan EGO ye....
cume hati ni susah nak reda kalau da sakit...
Lame jgk la ujan xberenti2....
Dlm kepala otak ni xpayah ckp la...
mcm2 yg aku fikir...baik..buruk...
biase la ati tgh SEDIH....
Tak tahu la mybe Tuhan nk uji kot...

Hurmmm...aku pn da penat sbenarnye...
nk stop..tp xtau cmne...
Sampai di satu destinasi...
Aku tingal sorg2 dlm kete...
Tak tau dia pegi mane....
SEDIH lagi....

Agak lame la jgk aku dok sorg2...
Time tu kepala otak ni btambah serabut...
Setan2 mula la menghasut aku...
Arghhh...rase mcm nk lari keluar....
Tp xpe..SABAR lagi...

Menangis...dan terus menangis...
itu la aku....
klu dah xtau nk buat ape...

Then HE's coming in...
Owh...ape nk buat nih?

Suddenly...
Jeng..Jeng..Jeng..


Huhu....
Dapat HADIAH lagi....
ni kes nk memujuk punye pasal la ni...
hehehehe...

Dah dapat hadiah diam terus....hehee....
Anyway...thanks awk...
Tak putus asa pujuk saye...
Mode skrg: dah bole SENYUM


Yeehaaaa.......